Diet dengan Jus Diet Mate 5 - Minggu 2
Minggu kedua ambil Jus Diet Mate 5, total penurunan 3.2kg. Kurang daripada penurunan minggu lepas. Salah satu sebabnyer sebab malam tadi saya terkantoi hirup tomyam pada lewat malam. Kalau ikutkan pagi nyer dah turun sampai 3.6. Saya ingat boleh la turun sampai 4kg untuk 2 minggu ni. Malangnya dah terkantoi. Tak dapat nak elak lagi
So pengajaran di sini. Seboleh-bolehnya cuba elakkan makan lewat malam. Kalau nak makan malam makanlah sebelum pukul 7. Dan cuba kurangkan kuantiti makanan yang di makan sebab selepas pukul 7 kita sudah kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang membakar lemak. Jadi jika kita makan lewat malam, pertambahan berat yang berlaku masa kita makan malam tu tak sempat di proses keesokan paginya. Kecualilah kalau kita membuang dengan banyaknya pada sebelah pagi tu.
Kesimpulannya, walau apa jua yang kita makan, untuk mencapai berat yang diidamkan kita kenalah mendisiplinkan diri. Rancang pemakanan kita. Bagi saya, memang susah nak disiplinkan diri tanpa sokongan orang di sekeliling lebih-lebih lagi wanita yang dah berkahwin dan mempunyai anak. Tapi saya akan cuba sebaik mungkin.




Add A Comment