Jus Diet Mate 5

Produk Diet Terhangat Di Malaysia

Imbangan Kalori dan Berat Badan

Posted by tiey on Feb-5-2008

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan.  Sekiranya kita mengambil lebih tenaga dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan sebagai lemak di dalam hati dan otot-otot  dalam bentuk  glykogen dan di bawah kulit dalam bentuk lemak.  (Jika kelaparan berlaku, kita boleh berfungsi dengan menggunakan simpanan lemak ini).  Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb (450 gram).  Bersamaan ini, jika mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan.  Walaubagaimanapun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekal berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Jadual Keperluan Kalori Harian Mengikut Status Aktiviti dan Berat Badan
(Kalori bagi Setiap Kilogram Berat Badan)

Kategori Berat Badan

Aktiviti

Aktiviti Ringan

Sederhana Aktif

Sangat Aktif (Berat)

Berlebihan Berat Badan

20 - 25

30

35

Berat Normal

30

35

40

Kurang Berat Badan

35

40

45 - 50

Ringan : kerja pejabat/suri rumah kerjatangan
Sederhana : guru/jururawat
Sangat aktif (Berat) : buruh binaan/ahli sukan

Random Posts

  1. Jus Diet Mate 5 » Blog Archive » Bagaimana lemak-lemak dibuang? Said,

    [...] Setiap orang memerlukan jumlah tenaga yang berlainan mengikut berat badan, jantina dan umur masing-masing. Sila rujuk posting (Keperluana tenaga dalam sehari & Imbangan Kalori Dan Berat Badan). [...]

Add A Comment