Jus Diet Mate 5

Produk Diet Terhangat Di Malaysia

Archive for the ‘Umum’ Category

Berpuasa dengan Jus Mate 5

Posted by tiey on Aug-13-2008

Satu lagi soalan yang kerap ditanya sejak akhir-akhir ini memandangkan bulan puasa akan menjelang tak lama lagi dan ramai yang mula berpuasa ganti mahupun sunat. Tak kurang juga yang berpuasa untuk melancarkan proses diet mereka kerana kesukaran mengawal nafsu makan tanpa berpuasa.

Baiklah untuk mereka yang berpuasa, cara makan yang perlu diikuti ialah seperti berikut:-

Sahur : Jus Mate 5 dan air masak sebanyak mungkin
Berbuka : Apa jua makanan yg sesuai untuk mereka yang berdiet anggaran 800kcal(sila r ujuk indeks kalori makanan)
Untuk mereka yang mempunyai berat 100kg ke atas, boleh mengambil Jus Mate 5 sekali lagi sebelum tidur.

Testimoni yang saya terima dari mereka yang mengamalkan Mate 5 sambil berpuasa amat menggalakkan. Mereka yang tiada masalah akan merasa bertenaga sepanjang hari walaupon hanya mengambil Mate 5 semasa bersahur. Dengan itu proses penurunan berat badan lebih mudah.

Kenapa saya tekankan perkataan tiada masalah di atas? Seperti yang diberitahu berulang-ulang kali di dalam posting-posting sebelum ini, ada segelintir pengguna yang akan mengalami tindak balas negatif seperti pening-pening, tidak merasa kenyang, bertenaga seperti yang sepatutnya pada peringkat awal pengambilan Mate 5 kesan dari pengambilan pil-pil diet atau ubat-ubatan tertentu sebelum atau semasa mengambil Mate 5.

Jadi jika anda baru ingin “berkenalan” dengan Mate 5 saya tak galakkan untuk terus berpuasa pada peringkat awal. Seeloknya bagi badan serasi dengan Mate 5 terlebih dahulu kemudian bolehlah kalau nak cuba berpuasa dengan Mate 5. InsyaAllah lebih mudah. ;)

***Jika ada soalan yang berkaitan sila ajukan di ruangan komen di bawah. Saya akan jawab atau usulkan kepada doktor rozmey jika di luar bidang pengetahuan saya. Terima kasih ****

***Sila ambil perhatian bahawa web ini dikendalikan oleh saya selaku pengedar produk HPM dan bukan oleh staff HPM atau Dr Rozmey sendiri. Saya kerap menerima e-mail atau komen di web ini yang menyangka web ini dikendalikan oleh dr Rozmey sendiri.***

***Pembelian melalui shopping cart boleh dibuat di http://jusdietmate5.com . Bayaran melalui kad kredit juga diterima***

Testimoni dari Chat box

Posted by tiey on Aug-1-2008

Salam semua, dah lama tak berkesempatan untuk berkongsi info kat sini.

Hari ni saya nak berkongsi testimoni seorang pengguna jus mate 5 yg dipetik dari chat box laman utama web saya, http://jusdietmate5.com . Boleh juga ushar testimoni berkenaan terus di chat box berkenaan.. http://jusdietmate5.cbox.ws/

Saya petik perkongsian dari saudari iNa kat sini..

inA: salam..lama tak masuk sini..bz study..actually ader crite sket..hihi..boley ker nempek sini…huhu…ok..camni ari tuh gi makan kat ..sllalu la lepak situ minum..then makcik gerai tuh ader tanyer kawan saya yang lalu di situ…”itu kawan kamu ker? nampak kurus sket…and nampak tinggiiii…” kawan pon kabo la kat saya..aser best lah jugak…huhu..yer la diri ini rasa mcm tak turun jerk..tapi org lain prasan agaknyer..

inA: pada yang lain teruskan order product dr kak tiey…mmg berkesan…sbb kl lambat turun pon takper janji pem,akanan boley kontrol dan tak ingat pasal makan…hihi…toi dak kak tiey?

inA: kawan2 semua bising pasal diet ina tau kak tiry…dowang kata cara gila…yer la pagi tak mkn sbb kelam kabut ke kelas pukul 8 sengah then..tghri kadang makan kadang tak and kl makan just bihun tomyam..ptg tak makan malam plak just makan roti breaktru,,,,2 keping..kawan2 semua bising dan risau…pastu pagi tadi dowang soh makan…ina pon makan la bihun goreng…hihi

inA: nak wat camner…bila makan jus diet mate5 ni membuat rasa kita tak nak makan…pastu…kalau makan jerk seket mula la nak kluar sendawa berpuluh 2 kali…yang peliknya sebelum amik jus takder plak aser kenyang giler bl makan bihun tomyam yang sejemput sket tuh…hihi….ini yang best pasal jus….so apa lagi mai beli produk ni kat kak tiey… :)

inA: okies…kl promote tapi produk tak bagus takley gak kan….so apa yg boley dikatakan…product ni bagus untuk kesihatan dan lagi satu leh menjimatkan duit sbb takyah nak beli makanan..hihi..terutama ina la sbb najet student kan…hihi :cool:

Jemputan Ke Seminar HPM di KL

Posted by tiey on Jul-30-2008

Jemputan menyertai

SEMINAR ANJURAN HERBA PRIMA MARKETING !!

Peluang menambah ilmu untuk menjadi pengedar yang berjaya!!

TEMPAT - KL International Hotel

TARIKH - 17 Ogos 2008

Hari - Ahad

Waktu - 9.30 pagi - 4.30 petang

Penceramah - Dr Rozmey

Kemasukan - PERCUMA

SILA TEMPAH NAMA SEGERA!!

Tarikh akhir utk tempahan nama - 13 Ogos 2008.

Tempat duduk terhad!!

ADDRESS
KL International Hotel

No. 79, Lorong Hj Hussein 2, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Kuala Lumpur,

Untuk tempahan nama :

Jika anda di bawah Team Tiey :

sila hubungi Zuriati (tiey)

YM - mama_shahmi

E-Mail - zuriati.mohamed@gmail.com

TEL - 017 3370052

HARAP MAKLUM

Jangan Makan Lewat Malam

Posted by tiey on Feb-8-2008

Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota.

Roti canai, mi goreng mamak, makanan segera dan teh tarik adalah menu popular bagi mereka yang selalu mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jan setiap hari.

Kadang kala ia menjadi satu aktiviti wajib kepada sesetengah warga kota untuk menjamah selera pada waktu lewat tengah malam ataupun di awal pagi.

Mungkin ramai di antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.

Bagi Pakar Kecergasan, Kevin Zahri, gaya hidup orang Malaysia yang suka makan di lewat malam sukar diubah tetapi boleh diseimbangkan dengan cara hidup yang betul.

“Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam,” katanya.

Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana ia akan terdedah kepada masalah kegemukan.

“Kebanyakan menu popular yang di kalangan warga kota seperti roti canai dan nasi tidak sesuai dimakan waktu malam kerana ia membekalkan protein dan karbohidrat yang terlalu tinggi,” katanya.

Katanya, protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam, kalori yanga tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

Beliau menambah makanan barat seperti burger dan hot dog turut tidak baik kepada kesihatan kerana mengandungi lemak yang tinggi.

Menurut Presiden Pemakanan Malaysia, Dr. Tee Ee Siong, risiko obesiti menjadi ancaman utama kepada penggemar makan lewat malam selain penyakit jantung dan diabetes.

“Sekiranya makan lewat malam dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan,” katanya.

Ini adalah kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.

“Lama-kelamaan ia akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius,” katanya.

Dia menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan banyak di waktu pagi kerana badan kita memerlukan lebih banyak tenaga dalam memulakan aktiviti seharian.

“Makan malan kita disyorkan hanya mengambil sedikit makanan seperti roti sandwich dan sup kerana di waktu malam tubuh kita terhad melakukan aktiviti,” katanya.

Dia berharap mentaliti rakyat Malaysia dapat diubah sejajar dengan saranan banyak pakar kesihatan iaitu ‘mencegah lebih baik daripada merawati’.

Kenyataan itu diakui Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr.Fatimah Arshad bahawa budaya makan lewat malam lebih banyak memberi keburukan berbanding kebaikan.

“Makanan yang disediakan oleh kebanyakan premis waktu operasinya 24 jam selalunya mempunyai minyak yang tinggi, berlemak dam boleh meningkatkan tahap kolestrol dalam badan,” katanya semasa dihubungi.

“Malahan menu-menu yang disediakan ada di antaranya tidak terjaga kebersihannya dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti keracunan makanan,” katanya.

Dia juga menasihatkan pemakanan yang bijak adalah mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu semata-mata.

“Kebanyakan rakyat kita kurang mementingkan pengambilan nutrien yang seimbang tetapi mementingkan lebih kepada citarasa dan kesedapan sesuatu makanan,” katanya.

sumber : Utusan malaysia 10 Disember 2007

Iklan Di Harian Metro

Posted by tiey on Feb-1-2008

Wah wah… semalam meriah betul iyer. Semua nama pengedar-pengedar HPM terpampang dekat Harian Metro. Ramai yang dapat call bertubi-tubi. Hebat betul penangan Jus Diet Mate 5 ni. Semoga lepas ni bertambah murah la rezeki kami.. Aamin…

Okay nak iklan sikit..

Tawaran hebat!!!

Sape berminat nak dapatkan JUS DIET MATE 5 pada harga ahli…
buat pembelian sebanyak 3 kotak!!!
Dapat harga ahli dan automatik layak untuk menjadi pengedar.

INCOME LUMAYAN!!!
INSENTIF MENARIK!!!
Boleh tambah pendapatan.. dan jimat untuk kegunaan sendiri!!

Harga biasa 3 kotak… RM200X3=RM600
Harga ahli 3 kotak RM150X3=RM450!!!!

Jimat RM150!!! :shock:

Apa lagi… Jom ler rembat!!

Tak yakin? Ambik pek percubaan dulu… 5 sachet =RM50
Jangan tak tau… ada yang dah nampak perubahan dengan hanya ambik 5 pek jer ;)

Selamat Datang Ke blog JusDietMate5.Com

Posted by tiey on Jan-10-2008

Selamat datang ke blog jusdietmate5.com!

Laman utama jusdietmate5.com masih dalam proses pengubahsuaian. Sebarang info akan di update di blog ini.

Di blog ini saya akan berkongsi info yang berkaitan dengan jus diet mate 5 dan juga info tentang pengurusan berat badan. Di samping itu saya juga akan berkongsi pengalaman saya sendiri menggunakan jus diet mate 5!!!