Jus Diet Mate 5

Produk Diet Terhangat Di Malaysia

Archive for the ‘tips dan info’ Category

Kecilkan Peha

Posted by tiey on Nov-9-2008
Rapi 15 Ogos

Rapi 15 Ogos 2008

Bagi mereka yang menghadapi masalah peha yang besar, boleh juga menggunakan produk dibawah untuk mengecilkan peha.Info lanjut boleh klik gambar dibawah.

Germa 4 Step Shape For Thighs

Germa 4 Step Shape For Thighs

Salam semua, sekian lama menyepi kini saya muncul kembali untuk menyediakan pelbagai info untuk rujukan semua.

2 bulan lepas, saya menerima berita gembira dari 2 orang pelanggan saya yang mana masing-masing telah disahkan mengandung selepas sebulan mengambil Jus Mate 5. Salah seorang darinya, anak yang paling bongsu buat masa ini sudah berumur 7 tahun. Beliau sendiri tidak menyangka akan mengandung lagi. Walaubagaimana pun berita tersebut diterima dengan hati yang gembira dan syukur dengan rezeki yang tidak disangka itu.

Tidak lama kemudian saya terima lagi berita dari seorang downline saya yang mengatakan 3 orang pelanggannya juga sudah disahkan berbadan dua. Sungguh menakjubkan. Adakah berita2 di atas hanya satu kebetulan atau Jus Mate 5 berjaya membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka? Berikut saya huraikan penerangan Dr. Rozmey tentang masalah ketidak-suburan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai risiko lebih 50%  untuk mengalami sindrom PCOS. PCOS atau Polcystic ovaris adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseoarang indidvidu sukar untuk mengandung. Ini kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan telur yang elok yang dapat dilepaskan ke dalam fallopian tiub seterusnya ke rahim.

Ia membesar tetapi ia tidak matang(masak). Ini bermaksud ia tidak membesar ke saiz 20mm. Kemudian ia tidak dilepaskan oleh kilang ovari masuk ke dalam fallopian tiub iaitu tangan rahim. Seterusnya ia kecut dan karung itu kemudian bengkak dipenuhi air dan menjadi cyst. Dikatakan ia bermula dengan paras hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Ia juga selalu terjadi apabila seseorang meningkat berat badan. Terdapat sebilangan kecil wanita kurus mengidap PCOS jua.

Antara simptom PCOS ialah :

1. Period lambat
2. Period jarang datang
3. Darah period bila keluar sedikit dan berwarna kecoklatan
4. Adakalanya keluar banyak sehingga berketul-ketul dan menyebabkan cramping.
5. Kadang-kadang ada rasa sakit senggugut
6. Badan yang gemuk
7. Badan ditumbuhi bulu seperti lelaki, di kaki, misai dan buah dada
5. Rambut tipis di kepala

Rawatan untuk masalah berat badan berlebihan dan PCOS lebih efektif sekiranya berat badan pesakit boleh diturunkan kepada berat ideal dgn kaedah amalan diet seimbang dan dibantu dengan bahan/ ubatan yang tidak mempunyai kesan negetif terhadap hipotalamus dan kelenjar pituitari. Apabila pesakit mendapat berat badan ideal, hormon androgen dan prolactine akan berkurangan, ovari stroma akan bertambah baik, dan kapsul ovari lebih nipis. Ini membenarkan follicle untuk mencapai ‘Dominant Follicle ‘ dan seterusnya proses ovulasi.

JDM ternyata mampu merawat kes PCOS dengan cara penurunan berat badan seperti diatas. Disamping itu ramuan khas protin soya di dalam Jus Mate 5  mampu mengaktifkan ‘Meiosis” dan penghasilan oocyte dan ovulasi yg maksima.

Soal Jawab Bersama Dr Rozmey - 26 April 2008

Posted by tiey on Apr-27-2008

Soal jawab di bawah di petik dari chatter box website rasmi HPM untuk tatapan semua. Sesetengah ayat diubahsuai untuk memudahkan pemahaman.

Soalan 1:
Saya berat 82kg, tinggi 154 kerja guru, boleh tak bagi menu yang saya boleh amal sebab mengajar ni penat, lepas ngajar rasa lapar selalu, saya sarapan pagi dengan mee sup setiap pagi dan nescafe ais , berapa kalori dah semua tu.

Jawapan :
Had berat maksima puan utk BMI yang normal adalah 56kg. Berat badan yang ideal adalah 52kg. Sekarang BMI puan 35.5. Dr cadangkan Puan ambil 2 kali sehari JDM , untuk menggantikan makan tengah hari dan sebelum tidur. Ambil sarapan dan makan malam separuh daripada biasa. Pastikan puan akan rasa kenyang, bertenaga, dan tak suka makan, seterusnya akan mengalami penurunan berat badan . Dr target Puan akan dapat menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Selamat mencuba

Soalan 2:
Bolehkah JDM5 di ambil selepas makan nasi?

Jawapan :
Pertama sekali Puan perlu mengurangkan pengambilan kalori.  Seterusnya gantikan dengan makanan yang rendah lemak, protein dan karbohidrat dan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pastikan tiada pengambilan kalori 2 jam sebelum dan 3 jam selepas mengambil JDM5 kerana ia akan mengganggu proses pembakaran lemak oleh JDM5.

Soalan 3:
Bolehkah JDM5 di ambil sebelum tidur untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengambil JDM5 pada waktu tengah hari?

Jawapan:
Boleh. JDM5 membantu proses pembakaran lemak walaupon semasa tidur. Yang penting kawal pengambilan kalori dan jenis makanan yang diambil. Namun untuk kesan yang terbaik adalah pengambilan pada waktu tengah hari.

Tip hari ini

  • Fat Burner di dalam JDM5 mempunyai 20kali lebih potensi berbanding latihan menggunakan treadmill selama 1 jam.
  • Lakukan senaman secara berterusan walau 10 minit sehari. Senaman yang tidak konsisten tidak digalakkan kerana akan merendahkan tahap metabolisme badan.

Testimoni rakan forum

Posted by tiey on Apr-10-2008

Terima kasih kepada rakan forum kat cari yang bagi kebenaran untuk saya sharekan testimoninya di sini.. ;)

Part 1

As’kum semua,

Wah ceria nyer semua orang kat sini ye. Saya pun mmg setuju dgn yg lain2 tu ttg keajaiban JDM5 nih. Saya juga mengalami penurunan yg sama iaitu sebanyak 3.5kg dlm masa 6 hari . Tanpa berlapar malah dgn mengamalkan diet yg seimbang (1000 kalori sehari) saya enjoy semasa dgn JDM…nih.

Kini saya yakin dgn JDM5….bagi mereka yg mempunyai masalah berat badan yang melebihi 70kg saya mmg syorkan anda mengikuti program diet JUS DIET MATE 5 ini….

Saya ada 4 hari lagi untuk menghabiskan trial pack saya, insyaallah nanti saya update lagi berita gembira dgn u all semua…

Part 2

Berat saya sebelum mulakan JDM5 ni ialah 83kg….
Menu saya macam biasa aje.Sarapan pagi saya (antara 7pg-10pg) ambil mihun/roti/baked bean ataupun apa shj yg sederhana berat dlm jumlah yg kecil (separuh) & minuman yg tanpa gula.Lepas tu saya dah start ambil air masak hingga tgh.Lunch ambil JDM.Lepastu saya berpuasa sehingga ptg(ikut saranan yg Dr Rozmey bagi tu-berpuasa & minum air masak banyak2).Tapi Kalau perut kriok2 lagi saya ambil buah….atau biskut. Malam mmg tak makan berat langsung.Kalau lapar ambik sup sayur /yogurt rendah lemak/buah/biskut.

Sewaktu program ni mmg saya kurangkan pengambilan nasi/minyak/lemak/garam/gula. Nak makan boleh tapi mesti dlm kuantiti kecil.

Untuk pengetahuan semua sejak ambil JDM5 ni saya boleh kawal selera makan saya.Bagi saya JDM5 ni buat saya rasa kenyang dan tidak terlalu memikirkan terhadap makanan.

Bagaimana lemak-lemak dibuang?

Posted by tiey on Feb-15-2008

Baru lepas dapat call tanya2 pasal jdm5 ni..

Antara soalan yang ditanya…. kalau ambik jdm5 ni… ada rasa selalu nak membuang ker?
dan macam mana lemak2 dibuang.

Untuk pengetahuan semua… bila kita ambik jus diet mate 5 ni… rasa macam biasa jer. Tak de la asyik nak ke toilet jer kejenyer..

So macam mana lemak dibuang? Lemak2 dalam badan kita ni akan dibuang dalam bentuk tenaga.

Setiap orang memerlukan jumlah tenaga yang berlainan mengikut berat badan, jantina dan umur masing-masing. Sila rujuk posting (Keperluana tenaga dalam sehari & Imbangan Kalori Dan Berat Badan).

Contohnya seorang wanita dewasa, berat badan 80kg, aktiviti harian dalam kategori sederhana aktif, tenaga yang diperlukan olehnya dalam sehari ialah 2400kcal. Pengguna JDM5 ditekankan untuk mengambil makanan dengan jumlah tenaga sehari 1000kcal sahaja. Jadi… tenaga selebihnya 1400kcal akan di ambil dari lemak2 yang terkumpul di dalam badan. So dari situ la lemak2 kita dibuang.;)

InsyaAllah nanti saya tambah lagi info yang berkaitan.

Jangan Makan Lewat Malam

Posted by tiey on Feb-8-2008

Budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota.

Roti canai, mi goreng mamak, makanan segera dan teh tarik adalah menu popular bagi mereka yang selalu mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jan setiap hari.

Kadang kala ia menjadi satu aktiviti wajib kepada sesetengah warga kota untuk menjamah selera pada waktu lewat tengah malam ataupun di awal pagi.

Mungkin ramai di antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.

Bagi Pakar Kecergasan, Kevin Zahri, gaya hidup orang Malaysia yang suka makan di lewat malam sukar diubah tetapi boleh diseimbangkan dengan cara hidup yang betul.

“Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam,” katanya.

Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana ia akan terdedah kepada masalah kegemukan.

“Kebanyakan menu popular yang di kalangan warga kota seperti roti canai dan nasi tidak sesuai dimakan waktu malam kerana ia membekalkan protein dan karbohidrat yang terlalu tinggi,” katanya.

Katanya, protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.

Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam, kalori yanga tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

Beliau menambah makanan barat seperti burger dan hot dog turut tidak baik kepada kesihatan kerana mengandungi lemak yang tinggi.

Menurut Presiden Pemakanan Malaysia, Dr. Tee Ee Siong, risiko obesiti menjadi ancaman utama kepada penggemar makan lewat malam selain penyakit jantung dan diabetes.

“Sekiranya makan lewat malam dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan,” katanya.

Ini adalah kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.

“Lama-kelamaan ia akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius,” katanya.

Dia menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan banyak di waktu pagi kerana badan kita memerlukan lebih banyak tenaga dalam memulakan aktiviti seharian.

“Makan malan kita disyorkan hanya mengambil sedikit makanan seperti roti sandwich dan sup kerana di waktu malam tubuh kita terhad melakukan aktiviti,” katanya.

Dia berharap mentaliti rakyat Malaysia dapat diubah sejajar dengan saranan banyak pakar kesihatan iaitu ‘mencegah lebih baik daripada merawati’.

Kenyataan itu diakui Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Dr.Fatimah Arshad bahawa budaya makan lewat malam lebih banyak memberi keburukan berbanding kebaikan.

“Makanan yang disediakan oleh kebanyakan premis waktu operasinya 24 jam selalunya mempunyai minyak yang tinggi, berlemak dam boleh meningkatkan tahap kolestrol dalam badan,” katanya semasa dihubungi.

“Malahan menu-menu yang disediakan ada di antaranya tidak terjaga kebersihannya dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti keracunan makanan,” katanya.

Dia juga menasihatkan pemakanan yang bijak adalah mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu semata-mata.

“Kebanyakan rakyat kita kurang mementingkan pengambilan nutrien yang seimbang tetapi mementingkan lebih kepada citarasa dan kesedapan sesuatu makanan,” katanya.

sumber : Utusan malaysia 10 Disember 2007

Otot Dan Lemak

Posted by tiey on Feb-8-2008

Apabila umur meningkat bermula usia 40 tahun, fisiologi otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan ia boleh diisi dengan lemak.

otot.jpg

Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan.
Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan. Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat badan. Setiap pergerakan otot besar seperti di bahagian bahu, paha dan pinggul selama lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Oleh itu, pastikan setiap aktiviti fizikal dilakukan lebih dari 10 minit untuk membolehkan pembakaran tenaga berlaku.

Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan.