Jus Diet Mate 5

Produk Diet Terhangat Di Malaysia

Archive for the ‘Testimoni’ Category

Testimoni Baru

Posted by tiey on Jun-19-2008

Hari ni ada pengguna mate 5 yang sudi share testimoni kat YM… terima kasih kepada tuan punya testimoni yg sudi berkongsi walaupon bukan downline saya ;)

Tiey: berat berapa?
XXX: mule2 78… da 2 minggu ambik.. ..
XXX: pg td timbang da 74.5
XXX: target nak turun smpai 55..
Tiey: wah.. bagus tu
XXX: tu la.. maybe sbb umo jgk kot… atau sbb sy nie berat naik mendadak..kejapp je.. trun pun kejap jgk kot
XXX: tp mmg tiap2 ari sy exercise… minum air byk2… skang kolej tgh cuti.. byk ms la kt umah
XXX: sy mkn jdm ni ngan akak sy.. ambik 3 kotak sekaligus..
XXX: tp die xleh thn mkn, so die prefer ambik jdm nie sambey puasa
XXX: ambik ms sahur..
XXX: lg cpt turun pd sy plak.. kekeke.. sb sy pun x brapa kontrol sgt mkn.. ape yg ade sume teringin.. tp ikut cam doc ckp le.. rs sikit2 je, x over..
Tiey: berapa kakak turun?
XXX: die mule2 lg berat pd sy, 82.. skang da dkt sm ngan sy.. 75…
XXX: tp die g kje aktif la..
Tiey: 2 minggu ek
XXX: a’a..
Tiey: wah wah
Tiey: best nyer
XXX: akak sy 23.. tp bdn besa, wpun x byk mkn.. mungkin sbb tu lg senang turun kot..
XXX: sy nie sbb suke mkn…
XXX: tu yg cpt naik dlu.. thn lps 70.. kirenye dlm setahun naik 8 kilo
XXX: kwn2, famili, sume pakat tegur… tp sy jenis wat x kesah je ms tu…
XXX: sb asek bz ngan buku je gak kot..
XXX: tp ade satu ari tu , sy kne g ikut aktiviti kolej,
XXX: ms tu ade aktiviti jungle trekking
XXX: trek die mmg mencabar xyh ckp la, x smpai sejam jln, sy dah x cukup nfs,
XXX: siap muntah2 ngan kejang kaki lg..
XXX: tu yg pastu nekad nak kurangkan berat nie…
XXX: jeles tgk remaja lain aktif2 bleh wat mcm2 aktiviti
XXX: pernah cube diet biasa, tp x thn lama, sbb xle thn lapa.
XXX: excercise pun cpt pnt..
XXX: tp ngan jdm nie, kenyang spjg ari ps mkn..
XXX: excercise pun bleh wat lama2…
XXX: mmg berbaloi la beli jdm nie.. mule2 tu ragu2 gk, yela, student bkn byk duit sgt kan, …
XXX: tp bile tgk pengasas die doktor…
XXX: jd yakin la..
XXX: arap2 dlm 3 bln smpai la target weight loss sy…
XXX: pastu x sbar nak start masuk kolej balik

Testimoni Terbaru Suzana- 10 minggu turun 60kg

Posted by tiey on Apr-25-2008

Testimoni terbaru Jus diet mate 5 yang sempat di rekodkan untuk berat 60kg ke bawah.

InsyaAllah jika berkesempatan tuan punya diri akan kongsikan jurnal pemakanan beliau untuk panduan semua. ;)

Testimoni rakan forum

Posted by tiey on Apr-10-2008

Terima kasih kepada rakan forum kat cari yang bagi kebenaran untuk saya sharekan testimoninya di sini.. ;)

Part 1

As’kum semua,

Wah ceria nyer semua orang kat sini ye. Saya pun mmg setuju dgn yg lain2 tu ttg keajaiban JDM5 nih. Saya juga mengalami penurunan yg sama iaitu sebanyak 3.5kg dlm masa 6 hari . Tanpa berlapar malah dgn mengamalkan diet yg seimbang (1000 kalori sehari) saya enjoy semasa dgn JDM…nih.

Kini saya yakin dgn JDM5….bagi mereka yg mempunyai masalah berat badan yang melebihi 70kg saya mmg syorkan anda mengikuti program diet JUS DIET MATE 5 ini….

Saya ada 4 hari lagi untuk menghabiskan trial pack saya, insyaallah nanti saya update lagi berita gembira dgn u all semua…

Part 2

Berat saya sebelum mulakan JDM5 ni ialah 83kg….
Menu saya macam biasa aje.Sarapan pagi saya (antara 7pg-10pg) ambil mihun/roti/baked bean ataupun apa shj yg sederhana berat dlm jumlah yg kecil (separuh) & minuman yg tanpa gula.Lepas tu saya dah start ambil air masak hingga tgh.Lunch ambil JDM.Lepastu saya berpuasa sehingga ptg(ikut saranan yg Dr Rozmey bagi tu-berpuasa & minum air masak banyak2).Tapi Kalau perut kriok2 lagi saya ambil buah….atau biskut. Malam mmg tak makan berat langsung.Kalau lapar ambik sup sayur /yogurt rendah lemak/buah/biskut.

Sewaktu program ni mmg saya kurangkan pengambilan nasi/minyak/lemak/garam/gula. Nak makan boleh tapi mesti dlm kuantiti kecil.

Untuk pengetahuan semua sejak ambil JDM5 ni saya boleh kawal selera makan saya.Bagi saya JDM5 ni buat saya rasa kenyang dan tidak terlalu memikirkan terhadap makanan.

Berita Terikini Jus Diet Mate 5 Di Berita Harian

Posted by tiey on Mar-18-2008

Utara: Suzana tak malu lagi keluar rumah
Oleh Zuliaty Zulkiffli
Image
KELUAR: Suzana bersiar-siar di halaman rumahnya sambil ditemani Dr Rozmey setelah terperap selama lima tahun di dalam rumah.

Berat badan susut 40kg selepas ikuti program diet seimbang Dr Che Rozmey

KUALA KEDAH: Suzana Md Noor, 30, yang pernah memiliki berat badan mencecah 230 kilogram (kg) dan hanya berkurung di rumah sejak lima tahun lalu kini mula keluar rumah selain mampu berdiri berbanding dulu.

Sejak berat badannya susut 40kg dalam masa 40 hari, beliau bertambah yakin meneruskan diet seimbang seperti yang disarankan Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din.

Beliau yang kini memiliki berat badan 190 kg mahu melupakan kenangan pahit memiliki tubuh besar sejak di bangku sekolah lagi.

“Sejak dulu, saya gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai produk pelangsing badan di pasaran membuatkan saya hampir putus asa disebabkan berat badan yang semakin bertambah.

“Bagaimanapun, sejak menggunakan produk Dr Rozmey, impian untuk kurus semakin cerah kerana tidak perlu melakukan pembedahan, senaman atau suntikan dan yang penting adalah sabar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Putra, dekat sini, semalam.

Suzana berkata, walaupun sudah mampu keluar rumah, namun masih takut pergi jauh kerana bimbang perubahan dirinya selain mahu membiasakan diri terlebih dulu.

Beliau juga serik memiliki tubuh besar seperti dulu dan disebabkan itu terpaksa mengurangkan makan nasi serta lauk selain minum banyak air suam setiap hari.

“Ibu banyak membantu dan memberi sokongan dan saya gembira dengan perubahan ini. Saya juga takut untuk makan banyak seperti dulu kerana bimbang gemuk semula. Saya berazam mengurangkan berat badan bawah 100 kg kerana mahu bergaya seperti orang lain,” katanya.

Katanya, beliau kini sudah mampu menggunakan lima meter kain untuk dibuat baju kurung berbanding sebelum ini iaitu enam meter.

Beliau berkata, ukuran lilitan pinggangnya pula kini mencecah 152 sentimeter (cm) berbanding 160 cm bulan lalu.

“Sebelum ini, saya tidak datang haid hampir lima tahun dan ia amat membimbangkan. Sebagai wanita saya bimbang apa yang akan berlaku jika berkahwin kelak.

“Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila saya datang haid seperti orang lain dan saya bertambah yakin dengan diri saya,” katanya.

Ibunya, Saadiah Morad, 47, berkata, anak perempuan sulung tiga beradik itu turut membantunya membuat kuih setiap hari sebelum keluar berniaga setiap hari.

Katanya, sebelum ini sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk membeli produk pelangsing badan untuk Suzana menggunakan wang simpanan hasil jualan kuih tetapi gagal.

“Dia bertambah yakin dengan dirinya sehinggakan turut menambah pendapatan menjual produk Jus Diet Mate 5 ini untuk mencari wang saku untuk membantu menyara keluarga memandangkan dua adiknya tinggal berjauhan dari kami,” katanya.

Turun 3kg dengan pek percubaan

Posted by tiey on Feb-25-2008

Beberapa hari lepas saya terima sms seorang customer dari sarawak. Berita yang mengembirakan, beliau berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 3kg selama 5 hari. Wah.. memang hebat.

Bila ditanya tentang jadual pemakanannya, ternyata dia tidak dapat mengikuti menu pemakanan yang dicadangkan sepenuhnya memandangkan dirinya sedang mengikuti kursus yang menyediakan makanan percuma 3 kali sehari. Jadi menu makannya diubah mengikut jadual makan semasa kursus.

Alhamdulillah, walaupon tidak dapat mengikuti jadual pemakanan yang sepatutnya, tapi masih mampu menurunkan berat sehingga 3kg!!

Jus Diet Mate 5 Menyuburkan?

Posted by tiey on Feb-20-2008

Semalam saya interview seorang pengguna JDM5 yang baru 3 bulan berkahwin. Ramai di kalangan ahli keluarganya yang susah untuk dapat anak. Beliau mengambil jus diet mate 5 selama 2 minggu 4 hari dengan hanya 8 sachet, tapi berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 5kg!!!

Dan sekarang, alhamdulillah Allah permurahkan rezekinya, dia telah disahkan mengandung.

Komen daripada Dr Rozmey kepada upline saya, ” sebenar nya dah banyak kes yang mengandung…ini kerana bila badan stabil hormon androgen berkurang …ovulasi lebih mantap…JDM5 memang buat wanita gemuk atau biasa subur”.

Jadi mereka yang bermasalah untuk mendapatkan anak di luar sana, boleh mencuba Jus Diet Mate 5 sebagai salah satu alternaltif, untuk menambahkan kesuburan. Info lanjut tentang JDM5 dan kesuburan pernah dipaparkan di dalam majalah misteri Oktober 2007.

Bai Berjaya Kurangkan 100kg!!!

Posted by tiey on Jan-25-2008


Gambar di bawah : Sebelum mengambil Jus Diet Mate 5

sebelum sebelum

Gambar Di bawah : Selepas mengambil Jus Diet Mate 5!!!

selepas

Mengamalkan Jus diet mate 5 selama 5 bulan dan berjaya menurunkan berat sebanyak 100kg!! Beliau masih menggunakan jus diet mate 5 sehingga berpuas hati dengan berat badannya.

PETIKAN MINGGUAN WANITA

Mazliwati Md Shah (31 tahun)

Dahulu ukur lilit pinggangnya 75 inci, sekarang sudah slim banyak, sudah tinggal 46 inci sahaja. Begitu juga dengan beratnya dari 208kg sekarang tinggal 108kg dan Bai dalam proses hendak menguruskan badannya lagi.

Waktu gemuk dahulu, bukan saja Bai susah nak jalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiripun, maknya Nor Chik Talib, 58 yang lakukan. “Macam basuh punggung anak gajah…” kata Cik Nor lagi. Tapi disebabkan anak, Cik Nor lakukan dengan sesungguh hatinya. Hari ini, Cik Nor cukup bersyukur kerana semua penderitaan yang anaknya tanggung sudah berakhir.

Dahulu masa kecil, Bai cukup comel. Kulitnya putih melepak. Bila meningkat dewasa badannya masih “maintain”. Mungkin sudah tersurat, Bai akhirnya menghadapi Abdominal Cellulitis atau selulit pada perut dan Habbit Obesity atau kegemukan habit sejak 2004. Peliknya kata Bai berat badannya akan bertambah naik kalau dia tak makan. Hendak kata, dia makan terlalu banyak sangat mustahil tetapi dah suratan begini, Bai terpaksa terima. Dek kerana perutnya terlalu besar, timbul urat-urat sebesar jari kelingking di atas perutnya. Siapa yang tengok, pasti sedih. Jelas Bai lagi, kulit kakinya menjadi kehitaman dan kelihatan hodoh, seakan-akan kaki gajah. Tetapi sekarang, bila Bai dah cantik, struktur kulitnya juga dah berubah, lebih mulus.

Jelas Bai, ketika mula-mula mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Sg Buloh, dari 208kg beratnya turun kepada 178kg sahaja. Bai menjalani pembedahan di HUKM iaitu laparoscopic gastric bypass bagi mengikat perutnya (usus makannya dipendekkan), berat Bai turun 158kg, turun sebanyak 20kg sahaja. Kata Bai, dia tidak pernah sedut lemak malah belum pun melakukannya lagi.

Apa rahsia Bai Kurus?

Hah! Inilah pengakhiran cerita paling menarik. Semua orang tentu nak tahu bagaimana Bai dahulunya terlalu gemuk, boleh turun sebanyak 100kg. Sebelum itu, bagi sesiapa yang nak cuba cara seperti Bai mesti tahan cubaan. Cubaan dari tidak mengadap makanan. Di HUKM, rutim makan Bai seperti berikut : Pagi, roti campur salad. Tengahari pula, sup sayur rebus (kosong sekosongnya termasuk tidak ada garam langsung) dan petang pula mihun sup campur sayur kosong sesenduk. Hah, jangan ingat semangkuk mihun sebaliknya dua sudu makan saja. Kalau ada yang sanggup, bolehlah ikut cara Bai di hospital.

Selama 72 hari di HUKM, berat Bai hanya turun 20kg saja. Selebihnya Bai mengamalkan JUS DIET MATE 5.

Dari Web Rasmi HPM

Posted by tiey on Jan-25-2008

PN.NOOR Saya mengunakan JDM5 ciptaan Dr.Rozmey. Ternyata ia amat berkesan, hanya dalam 10 minggu saya miliki badan yang saya idami

PN ZURA Kawan karib saya (Pn.Ismarabi) menasihati saya mengamalkan JDM5, dan melihat kesan ajaib ada kawan saya Pn. Ismarabi saya berasa amat yakin dan hasilnya hanya dalam 4 minggu saya turun berat 7 kg.Bagi saya yang paling penting JDM5 ni ,berkesan, mudah ,tanpa rasa lapar atau letih. Yang terpenting ia selamat. Anda diluar sana patut mencubanya, pasti anda berpuas hati !!!

PN ZAITOON Saya terkejut melihat perubahan pada Pn. Salina selepas hanya 3 minggu tidak berjumpa. Pn.Salina menasihati saya mengamalkan JDM5 ciptaan Dr. Rozmey. Ternyata ia memeberikan perubahan ketara pada saya,… Perut saya tidak buncit lagi kesan nya hanya dalam 2 minggu, ianya amat berkesan, hanya 4 minggu sahaja saya turun 7 kg. Kini saya hanya amalkan JDM5 seminggu sekali sahaja, JDM5 mudah dan berkesan. Anda patut mengamalkannya .


PN SALINA Setelah melahirkan anak bongsu saya semenjak 7 tahun lepas. Saya gagal dalam usaha menurunkan berat badan saya.Berbagai produk dan cara saya cuba , namun saya tetap kecewa. JDM5 diperkenalkan oleh Dr. Rozmey pada saya dan ternyata ia satu formula yang ajaib! Saya mampu memiliki berat idaman saya .bagai tak percaya saya mampu turun 21 kg hanya dalam 14 minngu. Kini saya hanya amal JDM5 sekali dalam 2 minggu dan berat saya tetap tidak naik semula. Kini saya aktif menjual JDM5 dan pendapatan bulanan dengan menjual JDM5 melebihi RM 2000. Saya sudah mengalaminya, anda disana jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cubalah JDM5 sekarang……anda pasti teruja !!!

Testimoni Paling hangat!!!