Jus Diet Mate 5

Produk Diet Terhangat Di Malaysia

Archive for the ‘Soalan Lazim’ Category

Berpuasa dengan Jus Mate 5 - Part 2

Posted by tiey on Sep-3-2008

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah sudah 3 hari kita berpuasa. Pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk meneruskan usaha diet mereka dibulan puasa ini lebih-lebih lagi pengguna Mate 5.InsyaAllah, disamping menunaikan ibadah yang wajib, semoga pengguna Mate 5 semua dapat mencapai target masing-masing menjelang raya nanti.

Selama 3 hari kita mula berpuasa, saya masih menerima pelbagai soalan tentang cara-cara pengambilan mate 5 di bulan puasa. Saya senaraikan soalan-soalan yang saya terima di sini dan jawapannya. Harap dapat dijadikan panduan buat semua. Sebelum tu saya huraikan balik tentang cara-cara pengambilan Mate 5 semasa berpuasa.

Cara pengambilan Mate 5 semasa berpuasa
Sahur : Bangun awal dan bersahur dengan Mate 5, sementara menanti waktu Imsak minum air kosong sebanyak mana yang mampu.
Berbuka : Minum air kosong dulu segelas dua untuk mengelakkan makan banyak nanti. Kemudian makan dalam kuantiti yang sedikit, dengan kata lain berhenti sebelum kenyang. Ikut sunnah gitu.

Jika anda mempunyai berat melebihi 100kg boleh minum Jus Mate 5 untuk kali yang kedua selepas terawikh atau sebelum tidur.

Soalan 1:
Saya tak larat nak minum Mate 5 dengan air sejuk pagi-pagi. Apa harus saya buat?

Jawapan
Tak perlu ambil Mate 5 dengan air sejuk. Boleh bancuh dengan air kosong pada suhu bilik.

Soalan 2:
Bolehkah saya ambil mate 5 sebelum tidur kalau tak nak ambil semasa sahur?

Jawapan
Boleh. Pembakaran lemak masih berlaku walaupon semasa tidur tetapi untuk kesan maksimum adalah pengambilan diwaktu sahur kerana pada teorinya kita paling banyak menggunakan tenaga pada waktu siang. Jadi Mate 5 akan mengaktifkan pembakaran lemak utk ditukarkan kepada tenaga yang kita perlukan ;)

Soalan 3:
Bolehkah saya ambil mate 5 semasa berbuka?

Jawapan
Seeloknya ambillah apa2 makanan dalam dalam kuantiti yang sedikit semasa berbuka. Selepas 2 jam atau sebelum tidur boleh lah ambil Mate 5.

Soalan 4:
Bolehkah saya ambil mate 5 dan makanan lain semasa bersahur?

Jawapan
Boleh, jika perlu. Bangun awal untuk bersahur. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Setengah jam kemudian boleh ambil Mate 5 dan jangan lupa minum air yang banyak. Tapi lebih digalakkan jika boleh ambil Mate 5 semata2 semasa bersahur.

Okay saya rasa cukuplah untuk kali ini. Jika ada sebarang soalan yang berkaitan sila ajukan diruangan komen. Terima kasih.

***Jika ada soalan yang berkaitan sila ajukan di ruangan komen di bawah. Saya akan jawab atau usulkan kepada doktor rozmey jika di luar bidang pengetahuan saya. Terima kasih ****

***Sila ambil perhatian bahawa web ini dikendalikan oleh saya selaku pengedar produk HPM dan bukan oleh staff HPM atau Dr Rozmey sendiri. Saya kerap menerima e-mail atau komen di web ini yang menyangka web ini dikendalikan oleh dr Rozmey sendiri.***

***Pembelian melalui shopping cart boleh dibuat di http://jusdietmate5.com . Bayaran melalui kad kredit juga diterima***

Berpuasa dengan Jus Mate 5

Posted by tiey on Aug-13-2008

Satu lagi soalan yang kerap ditanya sejak akhir-akhir ini memandangkan bulan puasa akan menjelang tak lama lagi dan ramai yang mula berpuasa ganti mahupun sunat. Tak kurang juga yang berpuasa untuk melancarkan proses diet mereka kerana kesukaran mengawal nafsu makan tanpa berpuasa.

Baiklah untuk mereka yang berpuasa, cara makan yang perlu diikuti ialah seperti berikut:-

Sahur : Jus Mate 5 dan air masak sebanyak mungkin
Berbuka : Apa jua makanan yg sesuai untuk mereka yang berdiet anggaran 800kcal(sila r ujuk indeks kalori makanan)
Untuk mereka yang mempunyai berat 100kg ke atas, boleh mengambil Jus Mate 5 sekali lagi sebelum tidur.

Testimoni yang saya terima dari mereka yang mengamalkan Mate 5 sambil berpuasa amat menggalakkan. Mereka yang tiada masalah akan merasa bertenaga sepanjang hari walaupon hanya mengambil Mate 5 semasa bersahur. Dengan itu proses penurunan berat badan lebih mudah.

Kenapa saya tekankan perkataan tiada masalah di atas? Seperti yang diberitahu berulang-ulang kali di dalam posting-posting sebelum ini, ada segelintir pengguna yang akan mengalami tindak balas negatif seperti pening-pening, tidak merasa kenyang, bertenaga seperti yang sepatutnya pada peringkat awal pengambilan Mate 5 kesan dari pengambilan pil-pil diet atau ubat-ubatan tertentu sebelum atau semasa mengambil Mate 5.

Jadi jika anda baru ingin “berkenalan” dengan Mate 5 saya tak galakkan untuk terus berpuasa pada peringkat awal. Seeloknya bagi badan serasi dengan Mate 5 terlebih dahulu kemudian bolehlah kalau nak cuba berpuasa dengan Mate 5. InsyaAllah lebih mudah. ;)

***Jika ada soalan yang berkaitan sila ajukan di ruangan komen di bawah. Saya akan jawab atau usulkan kepada doktor rozmey jika di luar bidang pengetahuan saya. Terima kasih ****

***Sila ambil perhatian bahawa web ini dikendalikan oleh saya selaku pengedar produk HPM dan bukan oleh staff HPM atau Dr Rozmey sendiri. Saya kerap menerima e-mail atau komen di web ini yang menyangka web ini dikendalikan oleh dr Rozmey sendiri.***

***Pembelian melalui shopping cart boleh dibuat di http://jusdietmate5.com . Bayaran melalui kad kredit juga diterima***

Jus Mate 5 Untuk Ibu Menyusu

Posted by tiey on Aug-12-2008

Antara soalan yang kerap ditanya, di web ini dan di mana2 juga web yang berkaitan dengan Jus Mate 5, Bolehkah ibu dalam pantang dan menyusukan anak mengambil Jus Mate 5? Jawapannya ibu menyusu dan dalam pantang boleh mengambil Jus Mate 5 selepas 2 minggu melahirkan.

Di bawah ini saya kumpulkan soalan-soalan berkaitan dan jawapan dr rozmey di web forum HPM. Harap dapat membantu pengguna-pengguna Jus Mate 5 sekalian.

Soalan dari Pn Afisha
Assalamualaikum DR.
Dr saya baru seminggu menggunakan JDM5..dah turun 4kg..Alhamdulillah..Masalahnya sekarang anak saya berusia 11 bulan masih menyusu..tapi campur la..coz bekerja..Anak saya sekarang kurang minum dan makan..adakah disebabkan dia pun turut alami kekenyangan kesan dari JDM5..
Terima kasih

Jawapan Dr Rozmey
sedikit ( 0-2-1%) JDM akan excreted to milk…ini adalah peratusan yg amat kecil dan secara klinikal tidak memberi kesan sampingan pada bayi, yg menyusu. doc nasihatkan pn minum byk air dan amal serat / fiber .
Biasanya kesan kekenyangan akan hilang bila air susu bertambah.

drrozmey
Pakar Penyelidik Obesiti / Pakar Perbidanan & Sakit Puan
CEO HPM / JMC

***Jika ada soalan yang berkaitan sila ajukan di ruangan komen di bawah. Saya akan jawab atau usulkan kepada doktor rozmey jika di luar bidang pengetahuan saya. Terima kasih ****

***Sila ambil perhatian bahawa web ini dikendalikan oleh saya selaku pengedar produk HPM dan bukan oleh staff HPM atau Dr Rozmey sendiri. Saya kerap menerima e-mail atau komen di web ini yang menyangka web ini dikendalikan oleh dr Rozmey sendiri.***

***Pembelian melalui shopping cart boleh dibuat di http://jusdietmate5.com . Bayaran melalui kad kredit juga diterima***

Soal Jawab Bersama Dr Rozmey - 26 April 2008

Posted by tiey on Apr-27-2008

Soal jawab di bawah di petik dari chatter box website rasmi HPM untuk tatapan semua. Sesetengah ayat diubahsuai untuk memudahkan pemahaman.

Soalan 1:
Saya berat 82kg, tinggi 154 kerja guru, boleh tak bagi menu yang saya boleh amal sebab mengajar ni penat, lepas ngajar rasa lapar selalu, saya sarapan pagi dengan mee sup setiap pagi dan nescafe ais , berapa kalori dah semua tu.

Jawapan :
Had berat maksima puan utk BMI yang normal adalah 56kg. Berat badan yang ideal adalah 52kg. Sekarang BMI puan 35.5. Dr cadangkan Puan ambil 2 kali sehari JDM , untuk menggantikan makan tengah hari dan sebelum tidur. Ambil sarapan dan makan malam separuh daripada biasa. Pastikan puan akan rasa kenyang, bertenaga, dan tak suka makan, seterusnya akan mengalami penurunan berat badan . Dr target Puan akan dapat menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Selamat mencuba

Soalan 2:
Bolehkah JDM5 di ambil selepas makan nasi?

Jawapan :
Pertama sekali Puan perlu mengurangkan pengambilan kalori.  Seterusnya gantikan dengan makanan yang rendah lemak, protein dan karbohidrat dan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pastikan tiada pengambilan kalori 2 jam sebelum dan 3 jam selepas mengambil JDM5 kerana ia akan mengganggu proses pembakaran lemak oleh JDM5.

Soalan 3:
Bolehkah JDM5 di ambil sebelum tidur untuk mereka yang mempunyai masalah untuk mengambil JDM5 pada waktu tengah hari?

Jawapan:
Boleh. JDM5 membantu proses pembakaran lemak walaupon semasa tidur. Yang penting kawal pengambilan kalori dan jenis makanan yang diambil. Namun untuk kesan yang terbaik adalah pengambilan pada waktu tengah hari.

Tip hari ini

  • Fat Burner di dalam JDM5 mempunyai 20kali lebih potensi berbanding latihan menggunakan treadmill selama 1 jam.
  • Lakukan senaman secara berterusan walau 10 minit sehari. Senaman yang tidak konsisten tidak digalakkan kerana akan merendahkan tahap metabolisme badan.

Jawapannya TIDAK BOLEH! Semasa mengandung ibu hendaklah mengambil makanan yang berkhasiat untuk membantu proses pembesaran bayi yang di kandung. Sebarang produk diet tidak sesuai di ambil dalam tempoh ini.

Jus Diet Mate 5 boleh di ambil  2 minggu selepas melahirkan.

Bolehkah lelaki mengambil Jus Diet Mate 5

Posted by tiey on Apr-6-2008

Sudah tentu boleh. Jus diet mate 5 sesuai untuk lelaki dan juga wanita. Walaupon JDM5 ini banyak kebaikan untuk wanita seperti meningkatkan kesuburan dan sebagainya, ia tidak terhad untuk wanita sahaja.

JDM5 adalah produk pelangsingan yang berkesan untuk menurunkan berat badan tidak kira jantina lelaki mahupon perempuan.

Soalan-soalan berkaitan JDM5 - part 1

Posted by tiey on Mar-25-2008

Kalu lepas miscarriage now on pill, boleh ke guna produk nie? Tak de effect dalaman ke?
Boleh di ambil. Malah ia sesuai untuk penyembuhan dalaman.

Kalu amik JMD 5 nie, boleh amik sekali ngan planning pill or kena berenti amik pill tu?

Boleh ambil juga. Tapi penurunan mungkin sedikit perlahan kesan dari pengambilan pil perancang tersebut