Testimoni Kejayaan Jus Mate 5


Utara: Suzana tak malu lagi keluar rumah
Oleh Zuliaty Zulkiffli

KELUAR: Suzana bersiar-siar di halaman rumahnya sambil ditemani Dr Rozmey setelah terperap selama lima tahun di dalam rumah.
Berat badan susut 40kg selepas ikuti program diet seimbang Dr Che Rozmey
KUALA KEDAH: Suzana Md Noor, 30, yang pernah memiliki berat badan mencecah 230 kilogram (kg) dan hanya berkurung di rumah sejak lima tahun lalu kini mula keluar rumah selain mampu berdiri berbanding dulu.
Sejak berat badannya susut 40kg dalam masa 40 hari, beliau bertambah yakin meneruskan diet seimbang seperti yang disarankan Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din.
Beliau yang kini memiliki berat badan 190 kg mahu melupakan kenangan pahit memiliki tubuh besar sejak di bangku sekolah lagi.
“Sejak dulu, saya gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai produk pelangsing badan di pasaran membuatkan saya hampir putus asa disebabkan berat badan yang semakin bertambah.
“Bagaimanapun, sejak menggunakan produk Dr Rozmey, impian untuk kurus semakin cerah kerana tidak perlu melakukan pembedahan, senaman atau suntikan dan yang penting adalah sabar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Putra, dekat sini, semalam.
Suzana berkata, walaupun sudah mampu keluar rumah, namun masih takut pergi jauh kerana bimbang perubahan dirinya selain mahu membiasakan diri terlebih dulu.
Beliau juga serik memiliki tubuh besar seperti dulu dan disebabkan itu terpaksa mengurangkan makan nasi serta lauk selain minum banyak air suam setiap hari.
“Ibu banyak membantu dan memberi sokongan dan saya gembira dengan perubahan ini. Saya juga takut untuk makan banyak seperti dulu kerana bimbang gemuk semula. Saya berazam mengurangkan berat badan bawah 100 kg kerana mahu bergaya seperti orang lain,” katanya.
Katanya, beliau kini sudah mampu menggunakan lima meter kain untuk dibuat baju kurung berbanding sebelum ini iaitu enam meter.
Beliau berkata, ukuran lilitan pinggangnya pula kini mencecah 152 sentimeter (cm) berbanding 160 cm bulan lalu.
“Sebelum ini, saya tidak datang haid hampir lima tahun dan ia amat membimbangkan. Sebagai wanita saya bimbang apa yang akan berlaku jika berkahwin kelak.
“Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila saya datang haid seperti orang lain dan saya bertambah yakin dengan diri saya,” katanya.
Ibunya, Saadiah Morad, 47, berkata, anak perempuan sulung tiga beradik itu turut membantunya membuat kuih setiap hari sebelum keluar berniaga setiap hari.
Katanya, sebelum ini sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk membeli produk pelangsing badan untuk Suzana menggunakan wang simpanan hasil jualan kuih tetapi gagal.
“Dia bertambah yakin dengan dirinya sehinggakan turut menambah pendapatan menjual produk Jus Diet Mate 5 ini untuk mencari wang saku untuk membantu menyara keluarga memandangkan dua adiknya tinggal berjauhan dari kami,” katanya.
Oleh Zuliaty Zulkiffli
HERBA Prima Marketing kini memperluaskan perniagaan dengan memasarkan lebih 10,000 kotak produk pelangsingan, Jus Diet Mate 5 sebulan dan mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM1.5 juta sebulan.
Penyelidik Obesiti dan Pakar Sakit Puan yang juga Penyelidik Obesiti Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din berkata, sambutan yang diterima pengguna amat mengagumkan walaupun mempunyai saingan perniagaan antara syarikat pengeluar produk pelangsingan lain.
Beliau berkata, pihaknya mensasarkan memperoleh keuntungan sebanyak RM4.5 juta setahun mungkin tercapai berikutan pengguna semakin berminat menggunakan produk itu sejak diperkenalkan di pasaran Disember 2006.
Selain itu, beliau bercadang menambah perisa lain untuk produk Jus Diet Mate 5, iaitu perasa pisang, anggur dan mangga bergantung pada citarasa berbanding sebelum sebelum ini berperisa oren tetapi perlu menggunakan formula asal untuk mendapatkan kesan yang baik.
Katanya, sambutan diterimanya sebelum ini amat berpatutan sehingga mampu memiliki kira-kira 800 ejen dalam jangka waktu singkat sehinggakan beliau terpaksa menambah sehingga 2,000 kotak dalam masa 20 hari.
“Produk Jus Diet Mate 5 ini dirumus khas melangsingkan badan untuk mereka yang mengalami masalah kegemukan dan berat badan berlebihan sehingga mereka malu untuk bergaul dengan orang ramai.
“Mereka yang mengambil produk ini tidak perlu mengamalkan pantang larang sehingga menjejaskan kesihatan tetapi pengguna akan terasa kenyang disebabkan ramuan digunakan diimport dari luar negara seperti Garnicia Cambogis (HCA), Hoodia Gordini, L-Carnitine, Inulin, Soy Protein selain ditambah perasa oren,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu di Jitra, baru-baru ini.
Beliau berkata, pengguna boleh mengambil sarapan seperti biasa dan menggantikan makan tengah hari dengan Jus Diet Mate manakala pada waktu malamnya pula mengambil makanan ringan seperti sup sayur atau buah-buahan mengelakkan makanan manis dan berlemak.
Katanya, sebelum ini beliau sudah menjalankan testimoni kepada 10 pesakit yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan yang terbaru ialah Suzana Md Noor, 30, yang mengalami masalah mono obesiti sebanyak 230 kg dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kg serta dijangka terus berkurangan.
“Setakat ini, adik Muhamad Helmi dan Muhamad Lutfi yang sebelum ini memiliki berat badan mencecah 100 kg sudah mampu bergaya dengan berat badan berkurangan,” katanya.
Semalam saya interview seorang pengguna JDM5 yang baru 3 bulan berkahwin. Ramai di kalangan ahli keluarganya yang susah untuk dapat anak. Beliau mengambil jus diet mate 5 selama 2 minggu 4 hari dengan hanya 8 sachet, tapi berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 5kg!!!
Dan sekarang, alhamdulillah Allah permurahkan rezekinya, dia telah disahkan mengandung.
Komen daripada Dr Rozmey kepada upline saya, ” sebenar nya dah banyak kes yang mengandung…ini kerana bila badan stabil hormon androgen berkurang …ovulasi lebih mantap…JDM5 memang buat wanita gemuk atau biasa subur”.
Jadi mereka yang bermasalah untuk mendapatkan anak di luar sana, boleh mencuba Jus Diet Mate 5 sebagai salah satu alternaltif, untuk menambahkan kesuburan. Info lanjut tentang JDM5 dan kesuburan pernah dipaparkan di dalam majalah misteri Oktober 2007.

INGIN MEMBANTU: Dr Che Rozmey mengukur pinggang
Suzana menggunakan tali rafia di rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah.
ALOR STAR: Suzana Md Noor, yang mempunyai berat badan 230 kilogram (kg) mengambil keputusan untuk berkurung di dalam rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah, dekat sini, sejak 2004 kerana malu.
Suzana, 30, berkata dia juga tidak boleh berjalan kerana sakit kaki akibat badan yang terlalu berat menyebabkan dunianya hanya di dalam rumah setiap hari.
Dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk membantu ibunya, Saadiah Murad, 47, menjual kuih di pekan Kuala Kedah setiap hari dengan pendapatan sekitar RM10 sehari.
Suzana kini hampir berputus asa untuk berusaha menurunkan berat badannya apabila pelbagai usaha, termasuk membeli produk pelangsing badan sehingga sudah mencecah RM10,000 sejak lebih 20 tahun lalu, tidak berhasil.
“Ibu berusaha menyimpan wang untuk membantu membeli produk pelangsing badan, tetapi akhirnya saya tidak dapat membantu ibu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Bapanya sudah hampir tujuh tahun meninggal dunia, manakala dua adik lelakinya masing-masing sudah bekerja dan tinggal berasingan. Suzana tidak dapat bekerja hanya bergantung kepada dua adik lelakinya untuk menghantar wang setiap bulan.
Suzana berkata, sejak lima tahun lalu, dia hanya duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah kerana tidak dapat berjalan dan hanya bergerak ke bilik air untuk mandi.
“Seumur hidup, saya tidak pernah memakai seluar atau kemeja-T seperti orang lain. Saya hanya berbaju kurung, walaupun di rumah selain terpaksa menggunakan enam meter kain untuk membuat sepasang baju kurung,” katanya.
Dia yang memiliki ukur lilit pinggang kira-kira 160 sentimeter itu turut mengalami penyakit selulit yang kronik menyebabkan kaki kirinya bernanah.
“Ketika bersekolah, berat saya hanya 150kg, tetapi ia semakin naik sehingga hari ini iaitu 230kg menyebabkan saya tidak larat untuk bergerak terlalu banyak,” katanya.
Suzana berkata, dia juga tidak berdaya bersenam kerana sukar bergerak.
Katanya, dia pernah beberapa kali cuba menimbang berat badan, tetapi alat penimbang yang dibelinya kerap patah menyebabkan dia sedih.
Kata Suzana, dia juga sukar untuk ke hospital mendapatkan pemeriksaan kerana tidak berdaya untuk berjalan jauh ke stesen bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya selain sukar untuk masuk dalam kereta.
“Saya menghubungi Pakar Pusat Perubatan Jitra dan Penyelidik Obesiti, Dr Che Rozmey Che Din untuk membantu mengatasi masalah saya alami dan berharap dapat mencapai impian itu,” katanya.
Sementara itu, Dr Che Rozmey menyampaikan sumbangan produk pelangsingan badannya untuk membantu Suzana mendapatkan berat badan yang diimpikannya sebelum ini.
Beliau berkata, kegemukan yang dialami Suzana berkemungkinan akibat keturunan dan beliau menjangkakan berat badan Suzana boleh turun antara 20kg hingga 30kg sebulan dengan diet yang diberinya itu.
PETIKAN BERITA HARIAN