INCLUDE_DATA

Jus Diet Mate 5

Produk Diet Terhangat Di Malaysia

Saya bukan lagi DEALER HPM

Posted by tiey on Jan-29-2010

Mohon Maaf kepada semua pengunjung. Saya tidak dapat lagi memproses pesanan yang melibatkan keahlian HPM sama ada keahlian baru atau repeat order untuk downline2 saya. Bagi mereka yang pernah membuat belian di sini dan ingin membuat ulangan, sila email saya di untuk mengetahui cara2 membuat pesanan secara terus dengan HPM.

Bagi bukan ahli masih boleh membuat pesanan di sini sementara stok masih ada. Bagi yang mencari pek percubaan juga boleh buat pesanan dengan saya.

Pasti ramai yang tertanya kenapa saya tidak  lagi bersama dengan HPM. Bagi yang berminat untuk meneruskan bacaan sila klik baca selanjutnya.

Read the rest of this entry »

Random Posts

Testimoni Rosmawati dulu 76kg kini 55kg

Posted by tiey on Sep-18-2009

Testimoni Encik Zahari turun 13kg

Posted by tiey on Sep-14-2009

Testimoni Zairul Hisham Rosli

Posted by tiey on Sep-14-2009

Testimoni Azlee dan Syed Mohd Zakir

Posted by tiey on Mar-7-2009

Testimoni Terbaru – En. Mohd Zulkifli Taib

Posted by tiey on Mar-4-2009

Alhamdulillah malam tadi saya terima 1 testimoni bergambar dari downline saya yg telah berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kg.

Sebelum : 103kg
zulgemuk

Selepas : 83kg
zulkurus

Ikuti testimoni selanjutnya dari En. Zul di ruangan TESTIMONI

Artikel Berkaitan

Testimoni Cabaran Langsing – Mimie

Posted by tiey on Jan-14-2009

Testimoni Kejayaan Jus Mate 5

Posted by tiey on Jan-5-2009

Kurang makan banyak senaman

Posted by tiey on Nov-20-2008

Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my

SETIAP kali mengendalikan ceramah mengenai soal pemakanan, dia sedar peserta cukup berkobar-kobar untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sewajarnya, sekali gus mengatur cara hidup yang lebih sihat.

Tetapi, tiba saja waktu hidangan ringan disajikan, masing-masing seperti tidak menang tangan menjamah juadah meskipun sekadar hidangan ringan.

Lupa segala pengetahuan mengenai jumlah kalori yang harus diambil, apatah lagi karipap atau mihun goreng kelihatan cukup enak.

Memang agak melucukan, namun senario itu biasa bagi Pakar Pemakanan, Premila Muthukumaran, kerana menurutnya, mengubah tabiat pemakanan harus bermula dengan kesedaran dalam diri sendiri.

“Apabila seseorang itu tidak bersedia untuk mengubah cara hidup termasuk aspek pemakanan, memang payah hendak menurunkan berat badan,” katanya yang berkhidmat di Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan atau lebih dikenali sebagai Weight Management Information Centre (WMIC).

Lantas, menurutnya, tidak hairan wanita yang mahu menurunkan berat badan, gagal mencapai matlamat mereka kerana tidak dilakukan dengan betul termasuk pemilihan makanan yang sihat.

“Asas kepada penurunan berat badan adalah mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan meningkatkan senaman.

“Kebanyakan makanan tambahan untuk mengurangkan berat badan hanya membantu menyingkirkan kandungan air dari dalam tubuh dan bukannya membakar lemak.

“Kandungan air boleh digantikan dengan mudah di dalam tubuh dan mereka bukan mengalami penurunan berat badan tetapi kehilangan air.

“Apabila mereka berhenti mengambil produk sedemikian dan gaya hidup mereka sama, berat mereka kembali seperti dulu,” katanya ketika ditemui di WMIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menurutnya, tabiat mengambil makanan berlemak dan bersaiz besar menyebabkan berat badan makin bertambah.

“Wanita yang mahu menurunkan berat badan perlu mengubah cara hidup, bukan mengharapkan sesuatu yang ajaib, ia adalah suatu komitmen.

“Ramai wanita enggan bersenam kerana memikirkan lemak dalam tubuh ditukarkan kepada otot.

“Apabila bersenam, sel lemak akan mengecil, namun ia boleh mengembang sehingga 20 kali ganda jika seseorang itu tidak mengawal pengambilan makanan berlemak,” katanya.

Katanya, selepas bersenam, jangan pula mengambil makanan berlebihan kerana ia tabiat yang buruk.

“Memang anda lapar selepas bersenam tetapi ia boleh dikawal dengan menikmati makanan berkhasiat seperti jagung atau salad tanpa menambah mentega atau mayonis,” katanya.

Bagi mereka yang ingin mengambil pil bagi mengurangkan berat badan, ia harus dilakukan menurut nasihat doktor.

“Pengambilan pil mengandungi orlistat dan sibutramin untuk tujuan pengurangan berat badan memang dibenarkan namun perlu merujuk kepada doktor atau ahli farmasi,” katanya.

Orlistat boleh menghalang penyerapan lemak dalam badan sehingga 30 peratus manakala sibutramin yang memasuki saluran darah, membantu mengurangkan selera makan.

Pengambilan sibutramin yang berlebihan pula boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung dan sukar tidur.

Pengurangan berat badan yang ideal, menurutnya, adalah di antara setengah kilogram sehingga satu kilogram seminggu. Bagaimanapun, jika seseorang itu mengurangkan dua kilogram sebulan, ia dianggap sesuatu yang cukup berbaloi.

“Apa yang penting, anda perlu mengubah gaya hidup lebih sihat. Biarpun pengurangan berat itu hanya sedikit, ia lebih baik daripada tiada langsung.

“Jika biasa makan nasi lemak lima kali seminggu, ambil makanan itu seminggu sekali. Perubahan sekecil ini juga banyak membantu mencapai tahap kesihatan diingini,” katanya.

Bagi wanita yang mengelak menikmati hidangan tiga kali sehari semata-mata untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan, Premila mengakui cara berkenaan memang tidak berkesan.

“Mereka yang tidak mengabaikan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, mungkin akan mengambil sejumlah 1,100 kalori atau kcal (500 kcal untuk sarapan, 600 kcal untuk makan tengah hari dan 500 kcal untuk makan malam) sehari.

“Tetapi, jika mereka tidak bersarapan dan makan tengah hari, mereka akan terlalu lapar membuatkan mereka makan dengan banyak.

“Apabila terlalu lapar, mereka mahukan makanan yang dapat memuaskan nafsu itu seperti makanan bergoreng dan berlemak.

“Akibatnya, makan malam mereka mungkin akan mencapai sehingga 1,200 kalori atau lebih,” katanya.

Untuk wanita melebihi usia 30-an pula, kesukaran mereka untuk mengurangkan berat badan banyak dipengaruhi kadar metabolisme yang kian menurun.

Metabolisme adalah proses pembakaran kalori untuk memperoleh tenaga dalam tubuh. Untuk mengurangkan lebihan berat badan, tingkatkan aktiviti fizikal.

Memperoleh pekerjaan baru juga boleh menjadi punca pertambahan berat badan terutama apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan di tempat kerja baru.

Sama ada disedari atau tidak, ada yang mengambil makanan secara berlebihan semata-mata untuk mengurangkan tekanan itu.

“Sesetengah wanita mengabaikan menjaga berat badan kononnya hidup sudah stabil selepas berkahwin. Mereka terlalu sibuk menjaga keluarga hingga tiada masa untuk diri sendiri.

“Kesedaran untuk memperoleh atau mengekalkan berat badan yang ideal memang penting kerana berat badan berlebihan akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit.

“Jika mereka sakit, ia turut menjejaskan orang tersayang. Kehidupan yang menyihatkan bukan saja untuk diri sendiri tetapi seisi keluarga.

“Anak-anak pula biasanya akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Jika ibu bapa cenderung mengamalkan pemakanan kurang sihat, anak-anak turut mengikut tabiat buruk itu,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Random Posts

Kecilkan Peha

Posted by tiey on Nov-9-2008
Rapi 15 Ogos

Rapi 15 Ogos 2008

Bagi mereka yang menghadapi masalah peha yang besar, boleh juga menggunakan produk dibawah untuk mengecilkan peha.Info lanjut boleh klik gambar dibawah.

Germa 4 Step Shape For Thighs

Germa 4 Step Shape For Thighs

Random Posts